RSS

CINTA ABADI

Cinta yg hakiki ialah cinta oleh akal dan hati.
Tanpa melihat atau berjumpa,
ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana
bersatu adalah hati,
bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah
dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak,
tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal.
Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa
itu memerlukan peraturan dan kawalan.
Sebagaimana jasad memerlukan makanan,
begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan
cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin
menyelamatkan, membahagiakan
dan mententeramkan jiwa manusia.
Tetapi cinta sekarang banyak yang
meruntuhkan arti kemanusiaan itu sendiri.
Bukannya menyelamatkan tetapi merusakkan.

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya
tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat
memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus
menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar
cinta kepada Allah. Sebagai bukti,
kita akan mendahulukan kehendak kecintaan
kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita
kepada lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak
yg murni dan selalunya didorong oleh faktor agama,
akhlak, kewibawaan dan kepribadian yg baik.
Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta
ini tidak memerlukan kata-kata luahan yg indah,
namun body languange sudah cukup
membuktikan betapa dalamnya cinta.

Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke
gerbang perkahwinan,
untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan.
Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat.
Suami yang soleh dan isteri yang
solehah akan bercinta lagi diakhirat.
Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah,
dia akan lebih khusyuk selalu dalam
solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan
ketakwaannya kepada Allah.
sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah
semakin renggang dan mengarahkan dirinya
melakukan perkara-perkara yang merugikan dan
melalaikan.
Itu artinya Cinta Nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh
syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata.
Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia
mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta
kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri.
Mustahil boleh bersatu dua unsur yang
berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air
dan minyak bercantum menjadi satu.
Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang
telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita
masih mempunyai Allah.
Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah
sebaik-baiknya pilihan.
Tidak ada usaha yg luar biasa dilakukan oleh
pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran.
Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya.
Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit.
Tohmahan dan hinaan datang silih berganti.
Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh
Allah buat hamba-hambaNya yg bersabar.

Ini tulisan temen FB aku...he is Amiq Fuadi..tx bwt amiq boleh diposting tulisannya..kerennn.....

0 komentar: